Wednesday, March 7, 2007


Mawi azam ambil lesen memandu


SERI KEMBANGAN: Bintang Paling Popular 2006, Mawi, yang baru saja menerima hadiah utama kenderaan Naza Sorento 2.5 (A) tajaan Naza Kia Sdn Bhd berharga RM133,232, berazam untuk mendapatkan lesen memandu tahun ini.

Menerusi kemenangan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH `06) itu juga, Mawi meraih hadiah barang kemas tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 dan pakej penginapan mewah di Head of State Suite, Hotel Palace of the Golden Horses (HPOTGH), di sini.
Mamakcyber: Ni apa kene ni kisah mamat ni nak ambik lesen pun jadi story.Tu belum amik borang nikah lagi.Surat khabar buat lah cerita lain pulak.Dah bernanah telinga cerita macam nih,nenek artis nak kawin lah,kucing artis beranak 3 la.Hai reporter sekarang nih...kalau tak hulur sorilah story nak keluar

Kena Makan Telinga

GEORGETOWN: Jurujual kereta yang kehilangan sebahagian telinga kanannya akibat digigit dan dimakan seorang lelaki kurang siuman Isnin lalu sudah memberi keterangan kepada polis.

Mangsa, Amir Hamzah, 36, berkata, polis mengambil keterangan kira-kira jam 11 pagi semalam dan dia menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, dia juga sudah menjalani pembedahan pertama pada malam kejadian untuk menampal telinganya yang hilang dengan menggunakan daging paha kanan selain turut menerima rawatan ubat antibiotik.

Amir dibenarkan keluar dari hospital tengah hari semalam dan mendapat cuti sakit untuk berehat sementara menghadiri temujanji dengan doktor di hospital berkenaan, Sabtu ini.

“Pertemuan itu untuk membuat pemeriksaan lanjut bahagian telinga saya dan bakal menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh terdekat ini namun ia bergantung kepada hasil pemeriksaan doktor,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Amir yang sedang minum berseorangan di sebuah kedai kopi berhampiran rumahnya, ditegur dan dimarahi secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Lelaki terbabit kemudian menyerangnya serta menggigit telinga kanannya sehingga sebahagian cuping telinganya putus dan dimakan lelaki terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Gan Kong Meng, berkata pihaknya sudah mengarahkan seorang pegawai polis mengambil keterangan daripada mangsa.

Gan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu.


Mamakcyber: Takut ada yang kena makan telinga nanti bila memanda Temenggung kena panggil siasat

Pasal mamak


Mamak dah sinonim debgan orang kita.Kedai mamak dah jadi tempat lepak.Sekarang mamak dah pasang LCD skrin besar untuk kita lepak sambil tengok bola.Mamak sekarang banyak dah jadi orang besar

techno

Technorati Profile

dah dekat election kot

Dapat khabar yang election dah dekat.Ekonomi tengah naik kata mamanda bendahara.Tapi lepas dengar statement...terus bursamalayisa buat correction.Bedebuk...tersungkur.Lagi tersungkur bila panglima mmemanda kena tuduhan plak melepaskan bajingan.Hai nampak gaya setahun lagilah

Mamakcyber:Tunggu Aril 2008 kut..baru fight sikit